13 Disember 2016 - 19:09
Aleppo Berjaya Dirampas Semula Tentera Kerajaan

Operasi ketenteraan di timur Aleppo sudahpun terhenti dan tentera kerajaan telahpun memperolehi kawalan penuh ke atas kawasan tersebut. Perkara itu dilaporkan oleh Duta Rusia Ke PBB pada hari Selasa.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Operasi ketenteraan di timur Aleppo sudahpun terhenti dan tentera kerajaan telahpun memperolehi kawalan penuh ke atas kawasan tersebut. Perkara itu dilaporkan oleh Duta Rusia Ke PBB pada hari Selasa.

Sebelum itu, Vitaly Churkin berkata bahawa para militan yang masih tersisa di kawasan itu telah meninggalkan pos-pos mereka di timur Aleppo melalui laluan yang disediakan oleh pihak kerajaan. Perkara itu didahului oleh permintaan mereka kepada Damsyik supaya membenarkan mereka meninggalkan kawasan itu.

Aleppo telah menjadi medan pertempuran yang dahsyat di antara pihak tentera dan kumpulan-kumpulan militan sejak beberapa bulan dahulu. Pada awal hari Selasa, Pusat Pengamanan Semula yang dioperasikan oleh negara Rusia melaporkan bahawa pihak berkuasa Syria telah berjaya mengawal 98 peratus daripada kawasan di bandar Aleppo.